"umur tidak menjadikan seseorang itu matang..dewasa mungkin,tetapi belum tentu matang.orang yang matang dinilai dari segi percakapan, perbuatan serta pemikirannya.oleh itu, berbuat baiklah sehingga orang bawahan menghormati kita dan orang atasan menyenangi kita.."
"ya ALLAH,sinarilah hati kami dgn petunjukmu sebagaimana Engkau tlh menyinari bumi dgn chya mataharimu selama-lamanya,dgn rahmatmu wahai ALLAH yang maha penyayang.."
Tuesday, May 24, 2011
Saturday, May 21, 2011
malu seorang wanita
Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..
Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..
Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..
Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."
Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..
Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..

Saturday, May 14, 2011
bicara hati seorang ayah
Bicara hati seorang ayah ;
Puteriku...
Adalah benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama menuju ke lorong dosa, tetapi apabila engkau tidak setuju maka lelaki itu tidak akan berani. Lantaran lemah gemalaimu, lelaki akan bertambah parah.
Wanitalah yang membuka pintu, seolah-olah engkau katakan kepada si pencuri itu;
" Silakan masuk, silakan... "
Apabila pencuri telah mencuri, engkau berteriak ;
" Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri! "
Sesungguhnya di dalam khayalan seorang pemuda, dia tidak melihat wanita itu semata-mata kecuali wanita itu ditelanjangi pakaiannya. Oleh itu, janganlah engkau mudah mempercayai perkara yang dikatakan oleh lelaki kerana kebanyakan mereka tidak akan melihat wanita semata-mata kecuali akhlak dan budi bahasanya.
Dia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat namun sesungguhnya dia telah berbohong. Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu hanyalah merupakan perangkap rayuan.
" Setelah itu apa yang terjadi? "
Kalian berdua sesat di dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu akan merasai penderitaan akibat kenikmatan itu buat selamanya. Si lelaki akan mencari mangsa yang lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, hidupmu diselubungi kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.
Puteriku...
Cita-cita wanita yang tertinggi ialah perkahwinan. Setinggi manapun status sosial, kejayaan, kerjaya, kemahsyuran, prestasinya, namun perkara yang paling agung dan sangat diinginkannya ialah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.
Tidak ada seorang lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun dia ialah lelaki 'berhidung belang' . Apabila ingin berkahwin dia akan tetap memilih wanita yang baik, kerana dia tidak rela wanita yang tidak baik menjadi suri hidupnya dan ibu kepada putera dan puterinya.
Puteriku...
Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban ialah dirimu. Oleh itu, jangan memberi diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui semula.
Inilah nasihatku buatmu puteriku. Inilah kebenaran dan sedarilah bahawa di tanganmu terdapat kunci pintu ke arah kebaikan. Apabila diri kalian diperbaiki, maka umat juga akan menjadi baik. Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu.

Thursday, May 12, 2011
BERHENTI! dan PERIKSA diri anda
kita bknlh mnusia yg smpurna dr sgala slh n silap.kita shrusnya sedar jika berbuat kesalahan dan melakukan prubahan.i2lah yg mmbezakan Adam dan Iblis.kedua2nya mmbuat kesalahan ttpi Adam brtaubat sedangkan Iblis telah brsumpah dgn angkuh n sombongnya utk mnyesatkn ank cucu Adam smpai hari prhitungan.berhenti dan periksa diri kita!muhasabah kmbali tiap prlakuan kita.
"menjadi sebaik2 hamba dan khalifah,bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi.
hakikat insan memang penuh dgn kekurangan,
namun tidak menjadi suatu kesalahan utk memperbaiki diri
menjadi sebaik2 hamba Tuhan.
teruslah utk melangkah meski dlm kepayahan.
kita kan khalifah.
mengapa mesti diuji dgn perkara yg mudah?
sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.
lalu,haruskah mengalah pada takdir
yang sering menghadiahi kita dgn kesukaran,
yang membuatkan kita terduduk menangis hiba..?
belajarlah utk tabah duhai hati seorang pejuang!
tangisan itu pasti tidak akan sia2
andai langkahmu terus teguh menuju
jalanNya!"
semoga apa yg tertulis ini mampu mmberi sedikit kesedaran kpd sy dan anda :)
wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)