Monday, June 25, 2012

Jodoh...




Sahabat semakin ramai yg telah mendirikan masjid suci.
Semakin ramai juga yg bakal mngakhiri zaman keanak-anakan mereka.
Melangkah ke zaman kematangan akal & perbuatan.
Bersama2 memikul tanggungjawab baru menggapai nur jannah di syurga.
Ini semua kerana mereka telah bersedia.
Lalu Allah membuka & memperlihatkan cara.
Bukan sekadar angan di kepala.

Ramai yg 'mengangankan' mereka sebahagian dari MEREKA.
Namun hakikatnya mereka belum bersedia!
Masih emosi menguruskan masalah tanpa menggunakan akal bijaksana.
Bagaimana mungkin kamu mampu menyelesaikan masalah alam rumah tangga.
Mulut bicara seakan tahu segalanya.
Hakikatnya diri merana jika terlalu mengikut kata.

Juga ramai yg mengeluh menunggu si pendamping.
Sedang diri tidak ingin bersedia sebagai pendamping..

Untuk apa mencari pasangan jika diri belum bersedia.
Jangan dicampur kejahatan dgn kebaikan.


"Duhai hati, jika engkau mencintai dunia, engkau akan terlepas akhirat namun jika engkau mencintai akhirat, dunia akan datang kepadamu dengan mudahnya."
"Aku baru sahaja menemui cinta abadiku. Aku mahu mencintai Rabbku. Di sini ku kecapi damai. Allah adalah segalanya"